Saturday, June 26, 2010

Europe Tour - Hari Pertama


26 Mei 2010 (Rabu)

Bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang (LT) Kepala Batas, Alor Setar,Kedah. Menaiki kapal terbang AirAsia ke Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang LCCT pada jam 4 petang dan bermalam di hotel.

27 Mei 2010 (Khamis)

Esok pagi jam 7.00 pagi bertolak ke LCCT, makan pagi dan dapatkan tiket secara online. Selesai dapat tiket, saya dan rakan-rakan menguruskan kemasukan beg-beg kami dan mendaftar masuk bagi mendapatkan pas masuk serta tempat duduk. Daftar masuk/check in pada jam 9.00 pagi. Penerbangan MAS bertolak pada jam 10.20 pagi , penerbangan terus KL-LHW(Kuala Lumpur -Heatrow) selama 12 jam. Tiba di lapangan terbang Heatrow London jam 4.00 petang waktu London.

Dari airport, kami menyewa teksi untuk 6 orang ke hotel sekitar Malaysia Hall selama 2 malam. Hari pertama di London, kami berjalan-jalan kawasan sekitar dan ke Oxford Road.

28 Mei 2010 (Jumaat)

Selepas sarapan di Malaysia Hall, kami berjalan di kawasan sekitar dan membeli tiket untuk bas dan tube/kereta api laju. Kami berjalan ke arah Masjid London untuk mengerjakan solat Jumaat di situ. Selesai solat Jumaat, kami makan nasi beriani di bahagian bawah masjid tersebut. Makanannya sedap dan menyelerakan.

Sekitar 4.00 petang waktu England, kami melawat ke kawasan Trafalgar Square, istana Bukingham dan kawasan sekitar. Balik semula ke bilik dan makan malam di Malaysia Hall. Berjumpa dengan pegawai dan pelajar Malaysia. Selepas makan malam, kamu membuat tempahan untuk menginap di Malaysia Hall apabila pulang dari melawat Eropah.